Pada tarikh 29.10.2009 pada hari Kahmis, aku terpaksa tinggalkan Malaysia buat sementara untuk mencari ilmu di Yaman, pade masa itu ku terfikir juga kenape Yaman juga destinasi untuk ku belajar bahasa arab, sedangkan di Malaysia sini banyak pusat pembelajaran bahasa arab, jadi pagi itu aku pun bersiap untuk pergi ke Yaman sana, tiba-tiba "alamak terlupe pulak nota bahasa arab tertingal di sekolah jadi aku menghubungi kawan ku melalui telefon bimbit ku yang di hadiah daripada ibu ku, ku kata pada dia supaye ambil buku nota ku di atas meja dan hadapan pejabat, jadi aku tepaksalah pergi ke sekolah, semasa di hadapan sekolah aku terus masuk sekolah untuk bertemu dengan kawan ku di pondok, selepas aku jumpa dengan dia aku pon ambil keputusan untuk bertemu dengan kawan-kawan ku yang hadir ke sekolah pada masa itu dan bersalam buat kali yang terakhir dan aku pun bertemu dengan pengetua sekolah, berbual seketika dan dia pun kasi ku email sekolah di dalam kad, memang ku tak sangka-sangkakan pade mase tu bahawa aku mendapat kad itu ku ambil je la, ku pergi ke kereta ayah ku dan "on the way" ke "airport", sementara ke airpot itu ayah ku menjemput ustaz Aidil dahulu yang hendak pergi ke Yaman juga dan selepas itu pergilah ke airport, semasa di dalam airport aku menemui tiga orang remaja yang hedak pergi ke sana bersama ku yang pertama adi namenya handsome gak.
Die sudah hafis dan sudah mengambil shadah di Malaysia, dia juga bersekolah Tahfis, datang Yaman nak sambung belaja kat sane insyaallah, sebelum pegi yaman, dia banyak ambil kerja sementara untuk menampung pembelajaan pergi ke sane, yang kedua pulak sarifudin tapi kite orang pangil die den, tak tau lah nape kite pangil den senang sikit pangil kot.
Dia pun sudah hafis juga tapi mase tu dia rahsiakan la dan akhirnya aku tahu jugak, dia same seperti adim mahu sambung belajar di sana, yang ketiga pula Adli.
Dia bersekolah di Adni,umur dia 16 tahun, bapak ku adalah kawan rapat dengan bapak dia kite kenal mase kat airport dan die duduk di sana 1bulan lebih same seperti ku juga untuk isi mase cuti dengan perkara yang faedah, belajar bahasa arab dan dialah satu-satunya kawan yang meneman aku balik ke Malaysia. Tiba-tiba ade sorang lagi datang namanya sazwan, jadi yang naik kapal terbang yang same kesemuanye 6orang la, orang yang sebelah kiri tu Syazwan.
Pade mulanya dia kata dia ingin belajar di madinah ku fikirkan madinah kat Saudi tu rupanya nama sekolahnya name madinah, selepas sampainye kat Yaman kali terakhir aku jumpa dia kat dalam airport, nasib ku baik tiba-tiba jumpa dia ka masjid surqian, rupe-rupanye tempat yang dia duduk dekat dengan kawasan rumah kami, jadi selepas berjumpa selalu barulah hubungan kami lebih akrab dan kuat
Ustaz idea juga ikut bersama kami untuk pergi ke sane, flight kami semua pukul 7.00 malam jadi kami semua solat asar dahulu selepas itu pergi ke bilik perlepasan kapal terbang, kapal terbang yang kami naiki ialah yamania bisalah murah je jadi tempat duduknye memang tak selesa sikit sempit lagi-lagi aku terpaksa duduk sebelah purempuan memang aku pantang betul la, tapi takpe la korban la sikit nak pegi sane, 8jam dalam perjalanan nak ke sane akhirnya Allhamdullilah selamt sampai jua, selepas kaki ku langkah keluar dari kapal terbang aku merasai cuaca amat sejuk di sane dan ade sebuah bas mengambil kami pergi ke airport, di sane tidak la cangih mane kemudahan kalau ikutkan Malaysia lagi maju la dari sane, selepas itu aku mengisi kad-kad untuk keluar pergi ke pintu hadapan airport, selepas kami masuk kami ada masalah sedikit dengan pak arab ni tapi Allhamdullilah masalah tu dapat selesai, selepas itu kami terus ambil beg dan terus pergi ke pintu hadapan, pada masa itu aku nampak ade beberapa orang ustaz sedang menunggu kami, yang pertame ustaz syam beliau berasal daripada Perak dan beliau adalah kawan ustaz kami, dia datang ke situ untuk menemani ustaz satu lagi iaitu ustaz Ismail,
Ustaz Ismail nilah yang telah membenarkan kami meduduki rumahnya seketika semasa kami di Dairi'i, beliau juga banyak memberikan khidmat nasihat dan macam-macam lagi pada kami, semoga jasanya yang baik itu akan di balas balik di akhirat kelak, semasa kami berempat di luar airport kamipun berkenal-kenalan satu sama lain.
Semasa dalam perjalanan ke tempat peginapan kami di Diri'i ade sedikit rintangan iaitu ade beberape orang tentera menahan teksi yang kami naiki jadi akupun tenangkan diri aku, beberapa saat kemudian tentera tu lepas kami, nasib baik tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku kalau tidak macam mana nak balik Malaysia balik, haaa leganya sudah samapai juga tempat peginapan kami di Dairi'i, selepas itu kami masuk ke rumah untuk membuat solat jamak, selang beberape minit kemudian laungan azan subuh yang pertama baru kedengaran, kami semua bersiap-siap untuk pergi ke masjid, aku juga sempat berbual dengan salah seorang ahli rumah itu namanya Ismail, ala seperti nama adik ku jugak
sekarang ni dia sedang belajar bahasa arab di sane alim jugak dia ni dan dia juga seorang yang cemerlang dalam akedemik tapi dia memperendahkan diri jika kami cakap pasal bab ni, dialah yang menanya ku sekolah di mane selepas itu aku menjawab di al-amin dia pon kata rumah dia dengan al-amin dekatlah jugak tapi al-amin keramat la, dia ni juga menceritakan Yaman sedang perang dengan pemberontak kerajaan di satu tempat ni bukan satu Yaman, hampir setiap minggu aku medengar suara jet terbag apa yang terjadi itu aku tak tahu, semasa dalam masjid aku melihat ade seorang arab sedang berjalan menuju ke kawan ku den dan tiba-tiba dia memeluk den akupun pade mase tu gelak sahaja tak boleh nak buat ape dah, lama-kelamaan barulah aku kenal orang arab tu, sebenarnya dia kurang sioman rupanya ade yang kata sebab eksiden la dan ade kata juga dari kecik memang camtu dah, tapi jangan caya dua-dua tu la senang, diapon ade cara solatnya sendiri jika di membuat solat sunat dia akan solat jamaah dengan orang dan solat berdiri aku antara orangnye yang pernah jadi imam semasa solat sunat bersama dia dan jika solat fardu pula dia akan solat duduk dalam saf, kite pangil die salim tapi name sebenarnya abdullah, dia juga suka kacau orang, kalau bersalaman dengan dia jaga-jaga dia mungkin cium pipi anda mungkin cium tangan anda dan mungkin nasib anda baik dia tidak buat apa-apa, yang perbuatan ini selalu dia buat kepada pelajar Malaysia yang ada di dalam masjid itu, ade di kalangan orang di dalam masjid itu tidak suka dia tapi ade juga yang suka dia, tapi kami pelajar Malaysia suka dia, yang penting walaupun dia ada masalah kat akal dia tapi di boleh fikir nak pegi masjid jadi kite ni tak boleh la beri alasan yang tak munasabah kerana akal kita masih boleh dipakai lagi jadi fikir-fikirkan lah benda ni dengan seelok-elok, qomat sudah dilaungkan jadi aku bersiap sedia untuk tunaikan solat fardu subuh, yang aku pelik doa qunut tidak di bacakan mungkin sini dengan Malaysia lain kot dan yang aku kagum sangat apabila imam tersalah baca di dalam surah bukan sorang je yang betulkan bacaan tu tapi ramai Subhanallah, di sane paling kurang pun sof yang pernah ku solat di masjid itu 4atau3, selapas selasai tanggung jawab sebagai hamba Allah kami semua balik rumuah untuk rehat sebentar, beberape jam sudah berlalu ustaz akupun mengambil keputusan untuk bersiar-siar di bandar Sana'a, sudah sampaipun di sana, Subhanallah ramainya wanita pakai hijab kalau cam ni bagus la nak jaga mata, tibalah solat Jumaat kami semua pergi masjid yang berhampiran dengan kawasan itu, selepas selesai solat Jumaat, kami pun naik van untuk menuju ke tempat lain pada masa itu memang ku risau la kerana van tu pintu pon tak bertutup dan jalan laju pulak tu mungkin style Yaman kot, kami makan tengah hari di hadrul maut, kami makan dalam dulang dan makanannye nasi kandar berlauk kabing, boleh la tahan sedap la jugak, pada kesokan harinya kami bercadang untuk membeli simcard kami pon cari la yang murah-murah jimat sikit duit, selepas itu kami mendaftarkan name kami di (CAC)Mahad Kamil Amarici semasa dalam mahad itu aku jumpe seorang rakyat Amerika yang duduk di Yaman sekarang, name dia Ustaz Musa mukanya seperti orang kulit hitam di Amerika aku amat suka apa bila dia bercakap kerana suara dia sedap di dengar macam suara penyanyi, dia juga sebagai mudir,"guru besar" mahad itu dia beri penerangan bila kena sekolah, di mana bilik pembelajaran dan macam-macam lagi, di mahad itu ade menyedia asrama juga pada awalanya kami berfikir untuk duduk di asrama tu sahaja tapi ustaz Ismail tidak membenarkan, keesokan hari pula kami pergi ketempat tu lagi untuk membuat pendaftaran, semunya berjalan lancar dan siap di uruskan dan dia juga kasi cuti beberapa hari sebelum mulanya pembelajaran, mudir cakap nanti ade seorang guru datang untuk mengajar kami semua tapi guru itu bukan guru tetap dia hanya mengajar seminggu sahaja sebab dia takde freetime jadual harianya padat, kamipun berehat duduk di rumah, kami makan tengah hari di permaya"Persatuan Pelajar Malaysia", makanan yang di hidangkan di situ adalah makanan ala-ala Malaysia, sedap gak, di situ lah kami kenal fakrurazi tapi nama pangilan dia along dia datang ke Yaman untuk belajar bahasa arab dan tahfis dan juga bapanya buka sekolah tahfiz di kelantan,umur dia sekarang same dengan ku iaitu 16tahun.
Baijuri juga same seperti dia juga tetapi Baijuri sudah hafis tinggal nak kuasai bahasa arab ini je bahasa syurga, dia selalu menolong ustaz memasak dan semasa ustaz tidak ada dialah tukang masak kami, ni gamba dia dibawah ni.
gambar di sebelah kiri ni namenye amir asal perak, sedang belajar bahas Al-quran dan hadith, die dulu belaja UIA kat gombak, di juga banyak memberi dorongan kepada ku dan selalu nasihati ku, dia juga antara orang yang pandai dalam bidang agama, pernahlah sekali aku dan dia pergi ke kedai, aku meminta tolong orang arab itu pasangkan cover handset aku, selepas pasang tu orang arab tu meletakan harga 1000 Rial Yaman bersamaan 20 Ringit Malaysia pade mase tu akupun terkejut dengan harga yang di tawarkan oleh orang arab tu, selepas itu dia bangun dan berhujah di hadapan orang arab tentang orang Yaman sehinggakan orang arab tu kasi free je aku nak kasi 100Rial Yaman pon die tak nak, satu lagi name die omar, asal kedah datang sini tujunnya same seperti along dan umur dia juga 16 tahun pada tahun ni.
Mulalah persekolah kami di Yaman firstly aku masuk mahad tu niat untuk belaja bukan main, aku bayang-bayangkan bertapa seronoknye kawan-kawan ku yang sedang cuti sekarang ni, tapi aku tak kisah kalau aku tak cutipon aku boleh tambah ilmu sedikit di sane, ku amat seronok kerana dapat peluang belajar bahasa arab, sebelum pergi ke Yaman ku fikirkan tidak seronok ke sane setelah sampai di sini hati ku seolah-olah cinta akan Negara itu, kerana suasana Islam di sana ade, bahasa syurga iaitu bahasa arab senang dapat kerana selalu berbual dengan orang arab dan dengan izin Allah, Islam pun ramai di sane jadi mate ku tak sakit memandang la, first day sekolah, aku tidak faham apa pun yang ustaz cakap, cuma yang aku faham benda-benda yang basic sahaja, ustaz tu kata dia berasal daripada Amerika tapi semasa dia mengajar kami tak banyakpun perkataan inggris dia cakap cuma banyak bahasa arab mungkin dia suruh kami biasa dengan bahasa arab kot.
Aku dengar khabar berita bahawa bapa ku dan bapa adli hendak pergi ke Yaman, tujuan bapa ku datang ke Yaman untuk melawat ku dan mengambil gambar-gambar tempat yang bersejarah supaya gambar tu boleh digunakan pada waktu kerja kelak, bapak Adli pulak datang ke Yaman hanya nak melawat anaknya, mereka berdua sebelum ni dari Abu Dhabi untuk shooting gambar F1(Formula One) pada November yang lalu, jadi aku memesan kepada bapak ku supaye beli barang-barangan keperluan untuk ku, semasa sampainya di Yaman bapak ku dan bapak adli pergi ke tempat peginapan ku dan bermalam di sane hanya beberape hari, pada malam tu juga bapak ku bawak pergi makan di luar dan selepas itu kami pergi besiar-siar berhampiran Diari'i bapa kupun baik hati menghadiahkan ku selimut yang jenis kain lembut dan agak mahal jugak la selepas selesai semua pembelian barang kami semua pulang ke rumah untuk berehat dan untuk bangun subuh, pada ke esokan harinya aku penat sangat sehingakan selepas solat subuh aku tertidur padahal aku kena baca Al-Quran di hadapan ustaz, nasib baik ustaz tak marah aku, pada pukul 7.00pagi kamu berumpul untuk membuat perbincangan bersama ustaz..setiap hari rabu aku kena pergi ke markas, jadi aku pergilah bersama kawan-kawan ku, memang amat seronok pada masa itu dan itu pun first day aku pegi markas sebelum ni aku tak tahupun pasal adenye markas ni semasa di hadapan masjid aku terus berjalan untuk masuk masjid, ramainye orang arab ade kat sini, merekapun selalu tegur kami kerana kamilah satu-satunye orang Malaysia di situ dan selepas solat magrib ade sikit ceramah, ceramah bukan setakat ceramah biasa tapi ceramah tu menaikkan semangat cinta akan Allah dan Islam, memang aku kagum la masa tu macam semuanya ahli mujahidin pulak, semasa aku solat di situ aku rasa berbeza antara solat di masjid berhampiran rumah, selepas habis semua tu kami semua di ajak makan pulak, menu dia roti dan cicah dengan kuah, semasa aku di Yaman memang aku ni pengemar makan roti dan kuat makan sehingakan orang cakap pipiku sudah tembam sedikit mungkin gemuk sedikit, sebelum makan tu aku sempat berkenalan dengan salah seorang anak didik Ustaz Ismail iaitu Faid, ooo!! ni gamba dia ni mesti ambik gamba secara curi-curi la ni,
Dia juga sudah hafis, dulu dia pernah berkata bahawa dia nak sambung belaja di Madinah atau Mekkah antara salah satu la tapi takdapat maklum balas lagi daripada universiti di sana, di juga datang sini untuk belajar Arab jugak
Selepas itu kami pulang ke rumah untuk berehat, pade ke esokan harinya ayah ku ajak aku pergi ke kebun tebaka, tapi tentera yang jaga di situ tidak membenarkan kami masuk jadi apa lagi pergi tempat lain la, distinasi yang kedua pulak di Dar al-Hajar, perjalanannye mengambil mase lebih kurang 30minit,ni gamba di bawah.
Bangunan ni di bina pada zaman dahulu lagi tengok bertapa hebatnye orang zaman dahulu , mesti anda tak tahukan bangunan ni wujud di muka bumi, cuba fikirkan orang zaman dahulu mencipta bangunan macam ni macam mane sedangkan kemudahan pada zaman dahulu tidak banyakkan, kite tengok bangunan nipun sudah kagum dengan seni bina dia macam mane dengan penciptanya bejuta kali ganda lagi habat dari ni.
Selain itu kami ade juga mangambil gambar dengan orang arab juga,
Tangga batu yang di susun dengan cantik
kawasan-kawasan rumah yang bersejarah Hiasan dalaman
Selepas selesainya melawat di tempat itu, hari pun sudah gelap ni jadi kami pergi ke masjid rois yang bermakna masjid raja, aku ade terfikir juga orang cakap kenape la airport dia tidak besar macam masjid rois ni kalau besarkan senang sikit pegurusan sistem di situ , selepas itu kami pergi makan ikan di kedai ikan, di situ hanya tempat makan makanan laut sahaja, ikan pula fresh-fresh pulak tu selera la aku makan ikan tu pppeerrgghhh,sedap betollah tak pernah aku selera makan macam nieh!!, dekat sana boleh lah beli banyak-banyak ikan sebab murah je, tapi ku tengok bapak ku macam tidak selera sahaja akan makanan itu mungkin dia rindu akan makanan Malaysia, aku ade berkata juga kepada bapa ku bahawa aku ingin ambil hafis di sine tapi bapaku ok saja, dia suruh tanya Ibu ku dahulu, selang beberapa hari kemudian barulah bapaku balik ke Malaysia, pada masa tu hanya aku ade ustaz Ismail dan kawan-kawan ku sahaja yang meneman ku di Yaman.
sewaktu malam hari
seni bina di dalam
Lampu yang terdapat di situ sewaktu malam
sewaktu pagi pula
Ini dia Nasrullah asal daripada kedah dan datang ke Yaman tujuanya untuk belajar jugak bahasa arab
Ni pula ilyasa di berasal daripada Sarawak, dia baru sahaja masuk Islam dalam keluarga dia, dia seorang yang dapat hidayah daripada Allah untuk masuk Islam marilah kita doa
supaya keluarganya semua akan masuk Islam Amin!!!!, aku penah tanye dia kenape masuk Islam dia kata sejak dari kecil lagi dia berminat dengan Islam dan dia tak suka agamanya dahulu kerana agama itu terlalu bebas sangat.
Namanya luqman dia sekarang belajar kat hadarul maut, dia duduk di Dairi seketika untuk membuat ikomah di sana'a selepas selesai semua urusan dia, dia akan pergi ke hadrul maut dan dia juga berpontensi besar menjadi ulama' ke ustaz ke kerana sifat dia tu.
Ni pulak Ali yang atas tu abang dia la, dia ikut bersame abang dia ke hadrul maut jugak Allahmdullilah nasib baik die ikut abang dia kerana duduk kat Yaman boleh la tambah sikit ilmu pengetahuan tentang agama, Insyallah
Muke maco ni pula berasal daripada Kelantan, pada bulan November dan Disember abang dia datang Yaman untuk menunjuk ajar cara-cara membuat roti dengan sempurna,kerana ade orang Malaysia ingin buka kedai roti di Yaman, jadi abang dialah antara orang bertuah yang di pilih, abang dia dulu ade belajar dengan orang cina cara membuat roti, lama-kelamaan dia sudah expert dalam bidang ni, aku pernah makan roti yang di buat oleh abangnya, roti itu sangat lembut dan sedap la.
Yang sedang tawaduk ni namanya Riduan berasal daripada Melaka, bumi yang terdapat banyak sejarah di Malaysia, lokasi yang hendak dia pergi ialah ke hadrul maut juga, dialah banyak menolong ku dalam pelajaran bahasa arab dan aku pun gemar menanya dia tentang pelajaran ini. seorang lagi kawan ku Faiz namanya dia dulu belajar bersama Ridwan sehingalah sekarang di Yaman tapi gamba dia tak de la.
Di sebelah kanan tu pula namanya fakruldin, dia antara orang yang baru datang di dairi untuk membuat ekomah dan hendak pergi ke hadrul maut.
Inilah ustaz ku namanya ustaz amir, beliau belajar di marid bersama dengan ustaz Mujahid, dia berasal daripada Indonesia, beliau kata sebelum beliau datang ke Yaman beliau memang tidak pandai sangat bahasa arab ni, semenjak beliau mengulangkaji lebih akhirnya beliau dapat juga menguasai bahasa arab,
Ni la dia ustaz mujahid, beliau mempunyai 4 orang anak 2sudah hafis dan 2 lagi on the way, beliau juga banyak menterjemah hadis-hadis kepada kami supaya kami dapat mempelajari ilmu yang di terangkan dalam hadith itu dan banyak memberi nasihat pada kami, hari raye haji pun beberape mingu lagi jadi aku ambil keputusan untuk menempah jubah, semasa aku menempah jubah aku ternapak ade dua orang gila iaitu ibu dan anak sedang bergaduh, huru-hara dibuatnya samapaikan pintu kedai orang di hempas dan macam-macam lagi.
Raye hajipun sudah tiba, pade awal pagi itu aku dan semua ahli permaya yang duduk berhampiran Dairi menaiki bas pergi ke rumah duta untuk solat sunat hari raya, selepas solat itu selesai, tibalah saat imam memberi khutbah, tajuk kgutbah pade mase itu adalah tentang Palastin, selepas habis khutbah, pihak AJK pula beri kata ucapan di hadapan selepas itu kami di hidangi nasi lemak dan roti, barulah korban bermuala aku tengok ade beberape ekor lembu je yang ade lebih kurang 4 atau 5, di situ ade ramai pelajar-pelajar Adni mengisikan masa cuti dengan pergi ke Yaman, selepas selesai solat zohor kami makan makan nasi yang berlaukkan daging, selepas program itu habis kami pulang ke rumah, aku tengok banyaknye daging korban yang dibawa balik daripada rumah duta tadi, jadi lebih kurang 3 hari kami makan danging sahaja tiada menu lain, pada mase tulah ku kuat makan sehingakan dalam sehari tu aku tambah 2,3pinggan. Selang beberape hari kemudian kawan ku dan ahli permaya lain beramai-ramai menyembelih 2 ekor kambing di permaya, yang seramnya kepala kambing di simpan di dapur tapi tak tahu ape matlamatnye simpan kepala kambing itu mungkin untuk masak kot.
Ha ni Hafis dialah cef yang pandai masak makanan ala-ala melayu kalau dia masak memang top la, pernah die menjadi cef untuk membuat nasi ayam tapi nasi ayam yang dia buat memang rasa lain daripada lain, walaupun nasi tidak cukup masak tapi aku makan aduh sedap jugak, yang paling sedap sambal.
Akhirnya aku sudah dapat pun ustaz tetap yang mengajar bahasa arab namanya adalah ustaz Muhamad, beliau juga boeh bercakap inggris, pada jam pukul 8.00 hingga 12.00 beliau jadi guru Bahasa Arab tapi di sebelah petang beliau jadi murid pula, semasa belajar bahasa inggris.
Selain itu kami juga ade beriadah, bermain futsal tapi gelangang dia bukan gelangang futsal tapi permainan lain, walaupun macam tu orang yaman tetap main jugak futsal memang semangat betul kesukanan, aku ade sertai juga bermain futsal menentang orang Yaman bolehlah tahan corak permainan mereka, lokasi yang selalu kami main ialah berhampiran fun citi.
Gamba-gamba ini semasa kami berada berhampiran dengan babul Yaman, aku kena teman si Luqman ni kerana dia gunakan passport aku untuk di cop visa ke hadrul maut, selepas itu kami solat di masjid berhampiran masjid besar dan selepas ishak kami pegi ke babul yaman, mereka berlima berangkat pergi ke hadrul maut sebelum ustaz Ismail balik.
Semasa di airport hendak tunggu ustaz Ismail balik daripada haji, selepas sahaja ustaz pulang daripada haji, ustaz belanja kami semua minum di kedai buah, kami semua order air la, sedap.
Tibalah hari penyampaian hadiah bagi pemenag-pemenag yang memenangi sukan yang di adakan pada minggu yang lepas, segmen yang paling aku nanti-nantikan adalah segmen cabutan bertuah, malangnye aku bukan orang yang bertuah pada malam itu, program ini di jalankan berhampiran hospital Yaman
Ni abang gempal ni namenye muhaimin sebelum dia pegi ke tempat peginapan kami, di pernah pergi ke edin dan macam-macan tempat, aku penah tanye dia kau ni kaya ke tapi dia tetap tak nak mengaku,merendahkan diri la tu, dia pernah jumpe dengan ramai habib-habib seronoknye moga-moga dia jadi habib juga dia juga telah memberi ku hadiah sebelum ku balik ke Malaysia baiknya hatinya, semoga di berkati Allah kelak, jarang orang sangup korbankan wang untuk memberikan hadiah kepada ku.
Tidak lame kemudian doktor fathi baru balik daripada mekkah singah ke Yaman sebentar, semangat beliau memang kuat untuk menegakkan agama Islam, beliau juga sering menasihati orang-orang arab, walaupun sudah tua tapi beliau sangat aktiv, aku dan kawan-kawan ku pernah tidor di masjid untuk membaiki iman yang lemah ni, first day kat situ ade bayi meningal dunia, kasihannya dan selepas itu kami lakukan solat jenazah jadual harian aku di situ sebelum zohor dengar hadith, selepas zohor pula makan dan tido, selepas itu bangun ambil wuduk solat asar, selepas itu riadah jumpa dengan saudara seislam memberi nasihat padanya, mengajak dia pergi ke masjid dan pelbagai lagi, selepas magrib pula ade ceramah dan selepas ishak makan, selepas itu adabun annawum iaitu adab tidor ke esokan hari pula ade satu lagi budak kecil meninggal jadi solat jenazah sebelum mulanya azan, selepas itu aku pun dapat berkenalan dengan orang-orang arab jadi berbual la, pada 3 hari itikaf di masjid nilah ku dapat memantapkan bahasa arab aku kerana ade juga orang arab yang ikut bersama kami, sudah 3 hari dah jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke rumah, selepas itu aku bolehlah cakap sikit-sikit dengan orang arab, di sana ade orang pagil name ku la tapi aku tak kenal siapa orang tu, aku pernah berbual dengan orang arab yang kenal aku tapi aku tak kenal dia pun, sampai dia tahu bila aku akan balik Malaysia, mungkin ustaz aku bagi tahu kot ade orang arab minta nombor aku la aku tak tahu die nak buat ape dengan nombor aku sebab aku tak faham ape dia katakan, ade jugak offer anak dia nak kasi aku la sampai tunjuk gambar anak dia lagi aku ingatkan main-main rupenye betul-betul dan last sekali aku sempat berbual dengan orang yang duduk di zon afrika bahasa aku gunakan adalah bahasa inggeris dan arab campo-campo dia berbual dengan aku sebelum beberapa jam lagi aku nak pergi airport ,dia pun kata bahawa adik beradiknya ada belajar di Malaysia, sekarang dia belajar di jamiatul iman, aku pernah cakap ape cita-cita kamu diapun jawab lambat jadi aku cakap anta nak jadi mujahidin lepastu dia cakap ye, saye nak jadi mujahidin kuat betul semangat Islam dia semoga jadi ulama' besar kelak Amin!!!!!!! dan dia meminta nombor handfone ku jadi aku kasilah tapi sampai sekarang tak call aku lagi lagi harap-harap call la, yang penting amat seronok berada di sana di sana.
Beliau adalah Ustaz budak sebab ape digelar Ustaz budak sebab beliau pernah berceramah di hadapan orang ramai sejak umur remaja lagi kini beliau belajra di hadarul maut, alim ni.
Ustaz mujahid ajak ku pergi ke sakan jamiatul iman untuk makan bakso jadi aku fikir, fikir jika aku ok, semua akan dapat rase makanan Indonesia itu jadi aku ok aje la, walaupun perlu keluarkan duit lebih sedikit duit itu takkan kita bawak ke akhirat yang bawa ke akhirat adelah pahala kite, amalan kite, sedekah jariah kite dan macam-macam lagi.
Ustaz mujahid juga membawa salah sorang kawan dia untuk makan bersama, semasa di Dairi kami terpaksa nak dua teksi kerana teksi pertama penuh jadi kena tambah lagi satu la teksi,
Yang pakai baju pink tu la aisha asal dari indonesia
Di sinilah para pelajar-pelajar universiti duduk seperti asrama la.
macam-macam gaye ade
macam-macam gaye ade
Selepas makan bakso ustaz ku kata bahawa tiket tidak di terima pade mase tu aku rase lega la kerana aku hendak duduk lama lagi di sana, tiba-tiba keesokan harinya jadi balik pulak alamak camne nak buat balik je la, pada hari itu juga aku minta ustaz musa untuk belanja kami makan, akhirnya dia belanja kami makan roti itu lah kali terakhir aku makan makanan arab sedapnye.Selepas zohor aku dalam perjalanan dari masjid hendak balik rumah tiba-tiba aku nampak ustaz muhamad, jadi aku berbual la dengan dia seketika , tidak lama kemudian dia beliau hendak pen merah untuk tanda kertas peperiksaan yang di jawab Allhamdullillah aku dapat 48/50 selepas itu beliau pegi balik rumah.
Aku mula berangkat dari dairi ke airport selepas solat fardu asar, gambar di atas ni semasa perjalanan ke airport
Gamba kenangan di airport
Inilah pemandangan bumi Malaysia yang penuh dengan tumbuhan hijau, patutnya kite mesti bersukur kerana dapat duduk negara Malaysia yang aman dan damai ni, maka sampailah juga ku kat Malaysia, aku amat syukur sangat kerana tiada ada perkara yang tidak di ingini berlaku semasa daripada Yaman ke sini, tetapi bumi Yaman tetap di hati ku, aku akan rindui suasana di Yaman sana, isyaallah doakan ku supaye dapat belajar di sana Amin!!!!!, selang beberape hari kemudian ustaz SMS bapa ku bahawa aku dapat nombor satu di kelas memang kenangan tak boleh di lupakan. kalau tidak silap video ni di rakam pada hari Jumaat selepas selesainya solat Jumaat selepas itu bapa ku pergi ke pejabat kawan bapa ku untuk membuat sedikit kerja tiba-tiba bapak ku jumpa seorang hamba Allah ni, alang-alang jupe tangkap gamba la, mula-mula nak tangkap gamba selepas itu terset pula video.